Menurut Iffat Syafwan, bapanya terus menangis sebaik sahaja melihat dia di hospital dan berulang-ulang kali memohon maaf kepadanya kerana menjadi penyebab mereka tiga beradik kehilangan ibu.
“Saya tahu ayah bersedih kehilangan ibu sebab itu dia minta maaf kepada kami semua,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Semalam, motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang Shamasrol dengan isterinya, Nor Azina Mohd. Ratki, 39, terbabas di Kilometer 14.2, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson arah Seremban, pada pukul 4 pagi.
Kemalangan yang berlaku selepas sahur itu menyebabkan kepala Nor Azina terputus semasa terjatuh daripada motosikal dipercayai akibat terkena besi pembahagi jalan manakala anggota badannya tercampak lebih 20 meter. Shamasrol pula cedera parah serta putus tangan kiri.
Mengulas tentang keadaan ayahnya, Iffat Syafwan memberitahu, kesihatan bapanya itu semakin baik berbanding semalam namun dia tidak banyak bercakap dengan hanya air matanya tidak berhenti mengalir.
“Saya datang melawat ayah hari ini bersama nenek dan pakcik. Sedih saya tengok ayah. Tangan kiri putus,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Iffat Syafwan memberitahu, adik-adiknya hanya akan datang melawat ayahnya esok.
“Adik-adik masih sedih dengan kehilangan emak lebih-lebih lagi adik bongsu saya yang asyik menyebut nama emak. Saya juga sedih tetapi reda dengan apa yang berlaku,” ujarnya.
1 Komentar untuk "Ayah Minta Maaf......"
Salam takziah buat keluarga terlibat. Sedih baca kejadian ini. Bg kita yg masih ada, ingatlah... berhati2 lah di jln raya....ingatlah org tersayang