BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

(3 GAMBAR) LAGI KES KEMALANGAN BAS EXPRESS JATUH KE GAUNG



SEMBILAN individu termasuk dua orang pemandu mengalami kecederaan selepas sebuah bas ekspres terjunam ke dalam gaung  di kilometer 436, Lebuh Raya PLUS dekat Jambatan Sungai Buaya di Rawang.
Memetik laporan MyMetro, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6.40 pagi tadi.
Menurut Pegawai Operasi Bomba Op Selamat Raya, Haizad Morah Abas, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.44 pagi dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.
Ujarnya lagi, ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian, salah seorang pemandu memaklumkan bahawa terdapat seorang penumpang tercedera.
“Sampai di lokasi, terdapat seorang lelaki dipercayai pemandu kedua bas ekspres berkenaan sudah ada di luar bas dan memaklumkan terdapat penumpang tersepit.
“Seorang wanita berusia 66 tahun yang terperangkap berjaya dibawa keluar sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh.”
– MYNEWSHUB.CC

Tragedi Nahas Bas Di Genting Higlands


0 Komentar untuk "(3 GAMBAR) LAGI KES KEMALANGAN BAS EXPRESS JATUH KE GAUNG"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info