BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Ubat Seks Lelaki ‘Tisu Magik’ Boleh Akibatkan Kemandulan



KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan amaran khususnya kepada kaum Adam agar tidak membeli mahupun menggunakan ubat kuat lelaki yang dikenali sebagai ’tisu magik’ yang berada di pasaran.
Ini berikutan, tisu magik tersebut telah disahkan berbahaya kerana mampu membunuh sperma lelaki sehingga mengakibatkan kemandulan.
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Mazlan Ismail, kandungan kimia aktif seperti Benzocaine, Lidnocaine dan Anastetic itu kebiasaannya digunakan dalam ubat bius semasa menjalani pembedahan.
Jelasnya, bahan kimia itu boleh mendatangkan kesan mudarat jika disapu secara kerap pada bahagian kemaluan lelaki.
“Selain itu, terdapat juga pelbagai campuran kimia lain termasuk alkohol yang menyebabkan kesan atau rasa kebas kepada si pemakai.
“Sudah acap kali amaran diberikan KKM kepada orang ramai terhadap bahaya bahan kimia perosak di dalam tisu magik ini. Berdasarkan laporan perubatan sebelum ini, kimia terkandung di dalam ‘tisu magik’ itu boleh merosakkan tisu urat saraf dan tisu mukosa,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, kimia yang terkandung di dalam tisu itu adalah racun yang boleh membunuh sperma di dalam air mani.
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Ubat Seks Lelaki ‘Tisu Magik’ Boleh Akibatkan Kemandulan"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info