BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

KEMALANGAN SADIS !! BUDAK LELAKI MAUT DIREMPUH KERETA



ORANG ramai melihat keadaan mangsa yang maut dalam nahas di Persiaran Karpal Singh, semalam. 

Georgetown: Suasana lokasi kemalangan maut yang mulanya hiba bertukar kecoh apabila beberapa pengguna jalan raya mengamuk dengan memukul seorang pemandu kereta yang didakwa mabuk di simpang lampu isyarat Persiaran Karpal Singh, Jelutong di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.25 pagi, pemandu Proton Wira berusia 37 tahun bersama teman wanitanya dalam perjalanan dari Jalan Perusahaan menuju Jalan Sungai Pinang sebelum dia membelok ke kanan.

Bagaimanapun, sebuah motosikal ditunggang remaja lelaki berusia 16 tahun datang dari arah depan lalu merempuh kereta berkenaan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika itu, beberapa pengguna termasuk rakan mangsa mengerumuni lokasi kemalangan dan suasana bertukar menjadi hiba apabila masing-masing meratapi kematian mangsa.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, keadaan bertukar tegang apabila ada yang mendakwa remaja terbabit melanggar lampu isyarat manakala ada pula mendakwa pemandu kereta itu di bawah pengaruh alkohol.







- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57065#sthash.RTzy2TKL.dpuf
0 Komentar untuk "KEMALANGAN SADIS !! BUDAK LELAKI MAUT DIREMPUH KERETA "

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info