BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

JOM LIHAT ADIK TIRI NELYDIA SENROSE YANG CUN (2 GAMBAR)



PROGRAM pencarian Dewi Remaja 2014/2015 telah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan kemenangan berpihak kepada adik tiri pelakon, Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose iaitu Raysha Rizrose.

Bagi yang masih ingat, program anjuran majalah tempatan ini pernah menjadi kecoh suatu ketika apabila dua peserta iaitu Mawar Rashid dan Kat Davies gagal menjawab persoalan pengacara tentang isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Berikutan itu, dua peserta ini menerima kritikan dan kecaman orang ramai selepas video temubual tersebut tersebar.
Namun bagi Mawar Rashid, peristiwa itu mendatangkan 1001 hikmah buat dirinya.
Bercakap kepada mStar Online semalam, Mawar Rashid mengakui menerima banyak tawaran untuk berlakon selepas kontroversi GST dan beranggapan peristiwa itu mendatangkan rezeki buat dirinya selepas menjadi perhatian ramai.
cristiano-ronaldo-caught-peeing-public
“Saya tidak mahu bercakap mengenai isu (GST) ini lagi tetapi benar kontroversi tersebut telah memberi hikmah yang besar buat diri saya. Sejak isu tersebut menjadi viral, saya sering menerima tawaran lakonan pula. Alhamdulillah, dalam keadaan yang sangat serabut, Allah membuka pintu rezeki saya,” katanya.
Pada masa sama, Mawar mendedahkan dia kini lebih banyak belajar mengenai pengetahuan am dan berjaga-jaga dalam pertuturan selepas kejadian tersebut.
“Saya tahu macam-macam orang kutuk saya, sebagai contoh tidak cerdik. Tak mengapa, itu semua pengajaran buat saya untuk menjadi seorang yang lebih peka terhadap perkembangan semasa. Saya ingin menjadi seorang yang berguna buat masyarakat,” ujarnya.
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "JOM LIHAT ADIK TIRI NELYDIA SENROSE YANG CUN (2 GAMBAR)"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info