BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

GEMPAR: KEMALANGAN NGERI YANG ANDA TIDAK PERNAH LIHAT



Batu Pahat: Dua maut manakala dua lagi cedera selepas kereta mereka naiki merempuh belakang lori di Kilometer 112.3, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan berhampiran Yong Peng, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Nawawi Zulkifli, 22, dan Nurul Jannah Osman, 28. Komander Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Penolong Penguasa Bomba Bakarya Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.54 pagi. “Enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera yang ke lokasi kejadian mendapati dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan," katanya. Menurutnya, dua mangsa yang tersepit itu berjaya dikeluarkan dari kenderaan dalam masa 10 minit. "Anggota paramedik yang tiba selepas itu bagaimanapun mengesahkan kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. "Dua lagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan lanjut," katanya.

0 Komentar untuk "GEMPAR: KEMALANGAN NGERI YANG ANDA TIDAK PERNAH LIHAT"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info