BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Berita Menggemparkan!!!!! Kapal Dah Jumpa, Tapi Orangnya Dah Hilang?????

Kuala Lumpur: Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, dikesan berada di perairan Kemboja, menurut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, beliau berkata pada masa ini kapal berkenaan sedang diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara Diraja Australia.

Beliau juga mengesahkan bahawa kapal itu sudah ditukar nama dan catnya.
Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar.

Kapal MT Orkim Harmony yang hilang dikesan di perairan Kemboja. FOTO Rosdan Wahid 


 BERNAMA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58556#sthash.JTHCUt3z.dpuf
0 Komentar untuk "Berita Menggemparkan!!!!! Kapal Dah Jumpa, Tapi Orangnya Dah Hilang?????"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info