BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Artis tempatan tersipu kantoi teguk air kencing syaitan dengan kekasih

Sekadar foto hiasan
pgr
Hujung minggu lalu SS bertemu rakan lama. Melihatkan raut wajahnya yang ceria semacam, SS dapat agak pasti ada cerita yang mahu disampaikannya, tetapi yang kelakarnya belum ‘buka mulut’ dia dah tersipu-sipu malu.

Katanya, dia berasa malu nak bercerita, tetapi artis wanita yang buat perangai itu pula macam tak ada rasa malu langsung. Pandai pula rakan SS ni buat lawak.

Kisahnya, ketika dia berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah terkenal di pinggir ibu kota, dia terkejut melihat artis itu dengan asyiknya meneguk air haram bersama kekasihnya.

Mulanya, dia hanya perasan lelaki itu saja, tetapi kerana dia inginkan kepastian, rakan SS sanggup berpatah balik. Betullah artis wanita itu. Menurut rakan SS lagi, kalau betul artis itu memang suka ‘minum petang’ dengan air haram itu, janganlah meneguk di tempat terbuka.

Tambah rakan SS lagi, rasanya bukan dia seorang yang perasan, tetapi ramai lagi yang memandang ke arahnya.

Apabila artis itu perasan ramai yang mula melihatnya, dia cuba beralih tempat duduk dengan membelakangkan jalan agar wajahnya tidak kelihatan.

Tetapi kalau dah buat perkara buruk, beralihlah ke mana pun, ia tetap salah dan tidak elok di pandang masyarakat. Rakan SS

yang begitu gigih menyaksikan aksi artis itu beritahu artis itu bukan minum segelas, tetapi siap tiga empat kali tambah.

Seingat SS, sebelum ini dia pernah terbaca aktiviti hujung minggu artis itu adalah membaca buku agama dan mengaji.

0 Komentar untuk "Artis tempatan tersipu kantoi teguk air kencing syaitan dengan kekasih"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info