Mexico – Seorang pembunuh wanita yang digelar Gadis Kurus ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan badannya dikerat dan disumbat dalam peti penyejuk bir oleh kumpulan kartel dadah.
Mayat Gadis Kurus atau Joselyn Alejandra NiƱo itu ditemui di sempadan Mexico pada Sabtu lalu.
Malah gambarnya terbaring bersama seorang lelaki dan seorang wanita lain telah dirakamkan sebelum mayat itu disumbat dalam peti penyejuk bir.
Nino mula dikenali apabila gambarnya memegang senjata M4 sambil tersenyum telah tersebar di media sosial pada Januari lalu.
Dalam gambar berkenaan, Nino menunjukkan senyuman seolah-olah dia tidak bersalah dengan jenayah yang dilakukannya.
Nino yang berusia dalam awal 20an itu mula beroperasi dalam kumpulan samseng dengan nama Rio Bravo.
Selepas gambarnya tersebar, orang ramai berdoa supaya dia insaf serta memintanya menjual senjata itu dan ditukar dengan sebuah peti televisyen.- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "VIDEO: Pembunuh Gadis Kurus Mati Dikerat"