DI WAKTU sedang mengecapi puncak populariti, figura berbadan sado ini tiba-tiba terpalit dengan kontroversi panas apabila peminat melabelkan dirinya sebagai pelakon bersikap sombong.
Cerita bermula apabila salah seorang peminat Zul Ariffin mendedahkan pengalamannya yang kecewa apabila pelakon drama Rindu Awak 200% itu tidak mahu bergambar dan mengeluarkan kata-kata yang disifatkan ‘kurang mesra’ terhadap peminatnya.
Luahan peminat yang bengang tersebut mengundang pelbagai reaksi dan persoalan ramai mengenai sikap pelakon itu yang sebenar.
Menerusi Twitter, Zul Ariffin akhirnya menjawab isu ini dengan menyatakan dia tidak kisah dimaki hamun demi menjaga privasi ahli keluarga.
“If looking after my family’s and mother’s privacy means being bashed, then so be it. #FamilyFirst,” tulisnya.
Sebagai manusia biasa, Zul Ariffin sememangnya tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan.
Namun, dalam isu sebegini peminat pun haruslah memahami dan memberi ruang privasi mengikut keadaan dan masa selebriti yang diminati.
Manakala Zul pula, belajarlah untuk menangani setiap situasi secara sabar sesuai dengan status sebagai selebriti.
Semoga selebriti dan peminat di luar sana mengambil pengajaran apa yang terjadi ini.
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Dikata Sombong: Zul Ariffin ‘Tweet’ Tak Kisah Dimaki Peminat"