Mungkin dek kerana terlalu ramai keyboard warrior membuat penilaian terhadap penampilan seksinya, akhirnya Tasha Shilla mengambil keputusan untuk meluahkan rasa hati di Instagram.
Yelahkan. Dahlah baru putus cinta, orang ramai pula tak habis-habis nak mengkritik dirinya. Eh, tapi mesti korang nak tahu dia cakap apa kan? Baca bawah ni.
Artis Yang Kamu Puja Ada Hati & Perasaan
Saya tak marah cuma biarlah pagi ni saya kongsikan bagaimana kamu tgok saya bole tersenyum n bahagia. Bukan senang jadi diri yg dikenali ramai.lagi2 berstatus selebriti…Slalu dihukum oleh manusia yg bijak pandai didunia ni.Hakikatnya artis yg kamu puja selama ni manusia seperti kamu.ada hati dan perasan .kita suka naw cari salah artis tu la artis ni la macam la kita ni baik sgt..
Buka Topeng Kamu Yang Berlapis…
tak tutup aurat masuk neraka..perempuan akhir zaman..begitu skali pemikiran kalian..ianya akan buat kamu tak pernah Bersyukur.nak sgt hati tu jadi macam artis.Jadi diri kita sendiri lebih bahagia..buka topeng kamu yg berlapis..malu sgt dosa ng manusia..padahal kita patut malu pada Sang Pencipta.Jangan pandai rendah sesama kita.
Bersihkan Hati…
Sbb tu kurangkan bercakap banyakkn membaca penuhkan ilmu didada.Bangsa lain xde beriya duk sibuk cari salah sesama mereka.kita ni sesama islam yg Terpuji.Lupa asal usul kita..sbb suka berselindung disebalik topengmu…Bersihkan hati.Jom saya dh ngantok jap lagi kita sama bangkit solat subuh..sama2 kita bersatu biar Islam kt malaysia bersatu hati.hati kene teguh.Jelaskan jati diri kita.Assalammualikum semua..
Biar Tak Tutup Aurat Di Kepala, Tapi…
Bukan Tugas kita tau nk hukum baik buruk..kalau nk ingtankan pun tak payah kalau setakat dlm instgram..nampak nauu kamu tu berlagak pandai padahal org yg bijak ketawakn kamu…orang bijak pandai duduk senyap2 perbaiki diri..jaga aurat keluarganya.tanamkan sifat kasih sayang. #SayaTashaShillaTetapJujUrMenjadiDiriSaya #biar tak tutup aurat dikepala tapi saya menjaga aurat hati lidah mulut saya.jgn sbb hal aurat yakinlah semua manusia nk kearah kebaikkn..bagi semangatpada merek.ni kecoh sedunia padahal byk hal lain kita amik kira.sbb tu jgn cuba menilai.bukan tugas kita
Saya Gembira Dapat Berdakwah
#saya gembira dapat jugak saya berdakwah bersama kita.lps subuh saya akan padam semua kata2 azimat ini. Orang yg ada ilmu tk suka menunjuk sbb dia takut dg sang peciptanya akan sikap terlebih padai.yg dekat tk nk dijaga. Saya pun sibukkn perbaiki diri..
0 Komentar untuk ""Biar Tak Tutup Aurat Dikepala Tapi Saya Menjaga Aurat Hati.." - Tasha Shilla"