BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Pilot Cun Bak Model Kendali Jet Pejuang Di Langkawi

 

 

Share

 


PERGHHH.. seakan tidak percaya melihat wajah empat juruterbang aerobatik wanita dari negara China yang kini hangat diperkatakan pengguna media sosial gara-gara gaya mereka yang persis model.
Lebih mengujakan, wanita-wanita jelita dan hebat ini bakal menghangatkan lagi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi Ke-13 (LIMA) dengan mengendalikan jet pejuang J-10 buatan China,  minggu depan.
Pastinya, kemunculan mereka bakal menjadi daya penarik dan menimbulkan keunikan buat #LIMA15 yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 21 Mac 2015.

Menurut jurucakap Tentera Udara China Shen Jinke, para juruterbang aerobatik itu dikenali sebagai Yu Xu, Tao Jiali, Sheng YiFei dan He Xioli.
6210749aca394b198039b31a8278f3f3
Katanya, keempat-empat mereka sudah pun berlepas ke Malaysia dengan menggunakan jet J-10, pada Rabu.
Acara LIMA yang bakal berlangsung selama lima hari akan menyaksikan persembahan jet pejuang dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, Perancis dan China.
Bagi yang berminat, jangan lepaskan peluang keemasan menyaksikan persembahan #LIMA15 yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, bertempat di Langkawi.
- MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "Pilot Cun Bak Model Kendali Jet Pejuang Di Langkawi"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info