BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

4 Gambar... Awal Ashaari Kemalangan

Kereta BMW 6 Series yang dipandu teman Awal Ashaari, Izuan Mokhtar rosak teruk selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi.

Kejadian itu dimaklumkan wartawan Melodi TV3, Zuan Azmi kepada BH Online. Awal dikatakan dalam perjalanan ke Melaka untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh Melaka.

Awal dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedar diri. Suami kepada Scha Alyahya itu dikejar ke Hospital Besar Melaka.




Saya ingin memaklumkan bahawa pengacara @meloditv3 @awalashaari terlibat dalam kemalangan jalanraya di Lebihraya PLUS berdekatan R&R Ater Keroh Melaka arah Selatan. Awal Ashaari ditemani @izuan_mokhtar dalam perjalanan untuk siaran live Melodi dari Jomheboh Stadium Ayer Keroh. Awal sudah dibawa ke Hospital Melaka oleh ambulans & saya masih berada di lokasi kemalangan menunggu Pegawai Penyiasat & Towing. Dalam pemerhatian saya, Awal tidak mengalami sebarang kecederaan serius
.
Tempat Awal akan digalas oleh Penerbit Melodi Michelle Wee bersama Liza Hotfm pada hari ini.
.
Sama2 kita doakan utk Awal Ashaari.
(Zuan Azmi)

0 Komentar untuk "4 Gambar... Awal Ashaari Kemalangan "

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info