BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

NENEK DICEKUP BERKHALWAT????

Gambar hiasan
Kuala Terengganu: Seorang nenek kepada dua cucu dan pasangannya yang sembilan tahun lebih muda masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,600 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, selepas ditahan berkhalwat di dalam sebuah bilik pada Ogos tahun lalu.

Malah, Nor Kamalizani Ibrahim, 48, dan pasangannya, Khairol Ibrahim, 39, turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya mereka gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu diputuskan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Terdahulu dalam rayuannya, Nor Kamalizani yang juga seorang janda memohon mahkamah mengurangkan hukuman dengan alasan dia tiada pendapatan tetap dan perlu menanggung anaknya yang masih bersekolah termasuk seorang yang baru memasuki tahun satu.

Sementara itu, Khairol mencuri perhatian apabila memohon mahkamah mengurangkan hukumannya dengan alasan dia perlu menanggung anak Nor Kamalizani dan mempunyai hutang ansuran bulanan motosikal yang belum habis dibayar.

Jawapan Khairol itu menyebabkan hakim mempersoalkan keperluan tertuduh menanggung anak Nor Kamalizani sedangkan mereka tiada sebarang hubungan sah.

“Apa kaitan anak dia dengan kamu? Wanita ini bukan isteri kamu, jadi apa kaitan,” kata Kamalruazmi.

Mengikut pertuduhan, Nor Kamalizani dan Khairol didakwa berkhalwat di dalam sebuah bilik sewa di Jalan Engku Pengiran Anom, di sini, jam 1.50 pagi pada 12 Ogos tahun lalu.

Nor Kamalizani yang mempunyai empat anak berusia tujuh hingga 24 tahun bersama pasangannya itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu yang membuat serbuan selepas menerima maklumat awam mengenai perlakuan sumbang mereka.

Dalam serbuan itu, pasukan penguat kuasa mengetuk pintu bilik berkenaan yang tertutup dan berkunci sebelum ia dibuka seorang lelaki lima minit kemudian.

Pemeriksaan menemui tertuduh wanita dalam keadaan berselimut di atas katil dan soal siasat mendapati mereka bukan suami isteri atau mahram.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23495#sthash.hWwNXqku.dpuf
0 Komentar untuk "NENEK DICEKUP BERKHALWAT????"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info