BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

TERKINI:10 GAMBAR INSIDEN TAWANAN SEKUMPULAN BERSENJATA KAFE SYDNEY

Lelaki bersenjata tahan sekumpulan tawanan di sebuah kafe di Sydney

SYDNEY: Lima tebusan berjaya meloloskan diri daripada sebuah kafe yang ditawan oleh seorang lelaki bersenjata di ibu kota Sydney, Australia sejak awal pagi tadi.

“Tiga orang muncul dari pintu belakang kafe di Martin Place,” maklum Timbalan Pesuruhjaya Polis New South Wales, Catherine Burn yang turut berkata sehingga kini tiada sesiapa yang dicederakan selepas drama tebusan selama enam jam itu berlangsung.

“Kami akan mendapatkan maklumat dari mereka untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku,” katanya lagi.

Dua lagi tebusan berjaya melarikan diri sejam selepas kumpulan pertama.
ebelum ini sekumpulan tawanan dilaporkan ditahan oleh sekumpulan penculik bersenjata dalam satu insiden yang berlaku di sebuah kafe di Sydney sejak pagi Isnin.

Dakwa seorang saksi, dia turut melihat sebuah bendera hitam putih dengan tulisan Arab dikibarkan dari tingkap kafe terbabit. 








Kafe terbabit terletak di Martin Place, sebuah kawasan perniagaan yang sibuk.

Sejurus kejadian, pihak berkuasa mengarahkan kawasan terbabit ditutup dan anggota polis dilihat mengepung Lindt Chocolat Cafe.




Menurut laporan AFP, sekurang-kurangnya 20 orang berada dalam kafe terbabit.

Beberapa saksi turut mendakwa mendengar bunyi dentuman kuat seakan bunyi tembakan.

“Kami meluru ke tingkap dan melihat sekumpulan orang mengangkat tangan berdekatan tingkap kaca,” seorang penerbit saluran Australian Broadcasting Corporation memaklumkan.

“Ia sungguh luar biasa.”

Sementara itu polis mengesahkan krisis tebusan itu membabitkan seorang lelaki bersenjata manakala jumlah mereka yang ditahan belum dapat disahkan.

Polis juga belum mengesahkan samada insiden ada kaitan dengan aktiviti keganasan.

“Saya dapat mengesahkan seorang lelaki bersenjata berada dalam premis terbabit sedang menahan sejumlah tebusan yang belum dipastikan jumlahnya di kawasan Martin Place,” menurut Pesuruhjaya Polis New South Wales, Andrew Scipione dalam satu sidang akhbar.


  • SUMBER: http://www.astroawani.com/news/show/lelaki-bersenjata-tahan-sekumpulan-tawanan-di-sebuah-kafe-di-sydney-50296?cp

  • 0 Komentar untuk "TERKINI:10 GAMBAR INSIDEN TAWANAN SEKUMPULAN BERSENJATA KAFE SYDNEY"

     
    Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
    Template By Catatan Info