BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

TERKINI: ANCAM LETUPKAN KAPAL PESAWAT AIRASIA PATAH BALIK

Pesawat AirAsia Terpaksa Berpatah Balik, Penumpang Ancam Letupkan Pesawat

Sebuah pesawat AirAsia yang ingin terbang ke China dari Thailand terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang apabila dua orang penumpang pesawat yang bertindak ganas hari ini.

Satu pasangan yang dipercayai dari China telah mengasari seorang pramugari di samping mengancam untuk melompat keluar dari pesawat selain dari mengancam meletupkan pesawat.

Insiden tersebut bermula apabila wanita yang berusia 20 tahun itu duduk berasingan dari teman lelakinya bertindak mencurahkan air panas pada seorang pramugari yang menghantar mee segera untuk wanita itu.

Kejadian berkenaan dikatakan berpunca dari pasangan terbabit yang tidak berpuas hati diletakkan di tempat duduk yang berasingan dalam pesawat.

Pasangan itu dalam rombongan pelancongan bukannya membeli tiket atas persendirian yang menjadikan tempat duduk mereka ditentukan mengikut abjad.

Keadaan bertambah buruk apabila teman lelaki wanita terbabit mengancam untuk meletupkan pesawat, manakala wanita itu pula mengancam untuk membunuh diri.

Pihak polis telah bersiap sedia menunggu pasangan terbabit di lapangan terbang Don Mueang untuk menahan mereka tetapi kedua-duanya enggan keluar dari pesawat.




























SUMBER:http://katakcomel.my/pesawat-airasia-terpaksa-berpatah-balik-penumpang-ancam-letupkan-pesawat/
0 Komentar untuk "TERKINI: ANCAM LETUPKAN KAPAL PESAWAT AIRASIA PATAH BALIK"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info