BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Pesawat QZ8501 : Jasad Mangsa berpegangan tangan

Jasad Mangsa Pesawat QZ8501 Dijumpai Berpegangan Tangan


Tiga hingga empat jasad mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah ditemui dalam keadaan berpegangan tangan ketika pasukan mencari dan menyelamat membuat tinjauan dari udara.

Juruterbang pesawat Hercules A-1319, Lettu Adhi Miswara menyatakan selepas menemui jasad pertama mangsa nahas, pihaknya melakukan tinjauan di sekitar kawasan berkenaan dan menemui kira-kira lapan jasad lagi tidak jauh dari lokasi penemuan jasad pertama .
Pesawat Hercules yang diterbangkan dari Lanud Halimperdanakusuma Jakarta sempat mendarat di Lanud Iskandar Pangkalan Bun sebelum membuat pencarian di wilayah selatan perairan Pangkalan Bun.
Setelah menemui pelampung berwarna oren dan serpihan pesawat sekitar jam 4.30 petang waktu tempatan, mereka menemui jasad mangsa yang dibawa arus ke Selat Karimata dekat Teluk Air Hitam.
Pembantu juruterbang, Erwin Tri Prabowo pula berusaha merakam gambar jasad-jasad itu dengan menggunakan kamera dengan lensa panjang.
“Kami melihat dalam jarak sekitar 5 kilometer, ada kira-kira tujuh hingga lapan jasad lain. Satu daripada jasad yang ditemui dalam posisi tertiarap memakai baju putih dan seluar hitam. Selain itu juga ada sekelompok jasad malah ada yang masih berpegang tangan,” katanya.
























sumber:http://katakcomel.my/jasad-mangsa-pesawat-qz8501-dijumpai-berpegangan-tangan/



0 Komentar untuk "Pesawat QZ8501 : Jasad Mangsa berpegangan tangan"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info