BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

INFO: BRIM SUDAH BOLEH DITERIMA


Tarikh Terima Duit BR1M 4.0 2015 | Permohonan baru BR1M 4.O dan kemaskini Bantuan Rakyat 1 Malaysia telah dibuka bermula hari ini Isnin 1 Disember 2014.Tarikh bayaran BR1M pada pemohon dibuat berperingkat kepada keluarga.Manakala tarikh dapat duit BR1M bagi pemohon yang berstatus bujang ialah sekaligus tiada ansuran seperti pemohon yang berkeluarga.

Tarikh Pembayaran BR1M 4.0 2015

Pendapatan Isi Rumah di bawah RM3,000: RM950
Ansuran pertama: RM300 pada 28 Januari 2015
Ansuran kedua: RM300 pada 28 Mei 2015
Ansuran Ketiga:RM 350 pada 28 September 2015

Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750
Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2015
Ansuran kedua: RM200 pada 28 Mei 2015
Ansuran Ketiga:RM 350 pada 28 September 2015

Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350
Pembayaran sekaligus: RM350 pada 28 Januari 2015
Semoga anda semua menggunakan duit bantuan BR1M 2015 ini dengan berhemah pada jalan yang sepatutnya.

Semak Status BR1M 4.0
  1. Secara online di https://ebr1m.hasil.gov.my/ , dan masuk bahagian semak status permohonan
  2. Call di LHDN hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716(Mulai Jan 2015)
  3. Email br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my dan jangan lupa bagi nama penuh dan no ic.
Rayuan Permohonan Yang Gagal 

Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan. Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonannya untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan. 

Pembayaran akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 4.0 diluluskan.
0 Komentar untuk "INFO: BRIM SUDAH BOLEH DITERIMA"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info